Peraturan Pengiklanan & Tandatangan Berbayar Cetak
SYARAT-SYARAT
  1. Mempunyai lesen perniagaan yang sah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  2. Mempunyai butiran maklumat perniagaan seperti alamat, nombor telefon, nombor faks dan nombor pendaftaran perniagaan.
  3. Memiliki akaun bank atas nama perniagaan, jika tiada hanya akaun atas nama pemilik mutlak sahaja. Akaun kakitangan tidak dibenarkan.
  4. Imej atau banner yang dicipta mestilah tidak melebihi ukuran yang ditetapkan.
  5. Saiz fail imej atau sepanduk hendaklah tidak melebihi 100 kilobit (100kb) (Bergantung mengikut kesesuaian).
  6. Animasi imej atau sepanduk dibenarkan dalam bentuk .gif sahaja.


JADUAL BAYARAN

  1. Pengiklanan Sepanduk (Banner)
    • Harga RM 20.00 / Sebulan.
    • Sepanduk iklan akan dipaparkan di ruangan Banner selama sebulan secara rawak.
    • Sepanduk mestilah mempunyai pautan (Links) agar pengguna boleh mengunjungi laman web anda untuk maklumat selanjutnya.
    • Ukuran saiz imej untuk dijadikan sepanduk adalah maksimum 468x60 (Lebar x Tinggi).
    • Saiz fail imej sepanduk hendaklah tidak melebihi 100 Kilobit (100kb) untuk kepantasan memuaturun dari laman web (Bergantung mengikut kesesuaian).
    • Imej sepanduk boleh animasikan di dalam bentuk .gif.
    • Imej tidak boleh ditukar hingga tempoh pengiklanan tamat. Ini bermakna anda perlu membeli Pakej Pengiklanan yang baru untuk menukar imej sepanduk anda.
    • Perbincangan perniagaan tidak boleh diadakan di dalam ruangan forum Komuniti Kampung2u. Jika berkemahuan, bayaran tambahan sebanyak RM30.00 dikenakan.
    • Klik untuk melihat contoh.

  2. Pengiklanan Slideshow
    • Harga RM 70.00 / Sebulan.
    • Sepanduk iklan akan dipaparkan di ruangan Slideshow Muka Utama sahaja selama sebulan dan ianya boleh disusun mengikut susunan terawal/terakhir dengan bayaran tambahan RM 1.00 untuk mendahului pengiklanan Slideshow yang lain.
    • Introduksi perkataan dibenarkan tetapi tidak melebihi 10 patah perkataan, di mana ianya akan dipaparkan pada kedudukan bawah pengiklanan Slideshow anda dan boleh mengandungi pautan (Links).
    • Ukuran saiz imej untuk dijadikan Sepanduk Slideshow adalah maksimum 500x261 (Lebar x Tinggi).
    • Saiz fail imej sepanduk hendaklah tidak melebihi 150 Kilobit (150kb) untuk kepantasan memuaturun dari laman web (Bergantung mengikut kesesuaian).
    • Imej boleh dianimasikan di dalam bentuk .gif.
    • Imej tidak boleh ditukar hingga tempoh pengiklanan tamat. Ini bermakna anda perlu membeli Pakej Pengiklanan yang baru untuk menukar imej sepanduk anda.
    • Dibenarkan untuk berinteraksi dengan pelanggan di dalam ruangan forum Komuniti Kampung2u.
    • Klik untuk melihat contoh.

  3. Tandatangan Berimej
    • Harga RM 25.00 / Setahun.
    • Ukuran saiz imej untuk tandatangan adalah maksimum 468x60 (Lebar x Tinggi).
    • Saiz fail imej hendaklah tidak melebihi 100 Kilobit (100kb) (Bergantung mengikut kesesuaian).
    • Imej boleh dianimasikan di dalam bentuk .gif sahaja.
    • Untuk meletakkan pautan (Links) di imej, dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM 5.00.
    • Anda bebas untuk menukar imej selama setahun tanpa melanggari syarat-syarat di atas.
                 (Tandatangan berimej ini memerlukan bantuan Ketua Komuniti untuk diterbitkan)

CARA PEMPROSESAN & PEMBAYARAN 
  1. Pembayaran boleh dilakukan melalui pemindahan wang ke akaun MBB 512204808058 (yKZ Solution) melalui:
    • dalam talian
      (Maybank2u, Cimbclicks dan sebagainya)
    • mesin ATM.
    • kaunter bank.
    • Telegraphic Transfer (TT).
      (Hanya bagi pengguna antarabangsa sahaja & kos terlibat ditanggung sendiri)

  2. Setelah pembayaran dilakukan, anda perlu menghantar maklumat atau butiran pembayaran kepada Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya seperti format di bawah:

    • Nama Pengguna
    • Tarikh Pembayaran
    • Jumlah Bayaran
    • Bentuk Pengiklanan/Pakej Pengiklanan yang dipilih
    • Nombor telefon bimbit
    • Nombor rujukan transaksi perbankan (jika ada)

    Setelah penerimaan bukti pembayaran diterima, ianya akan diproses, resit akan dikeluar serta dihantar melalui emel. Tempoh pemprosesan ini adalah dalam 1 hari bekerja.

  3. Anda perlu mencipta sepanduk iklan anda sendiri (D.I.Y Banner), kemudian lampirkan imej tersebut dan hantar ke Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya menggunakan emel untuk operasi memuatnaik di dalam laman web Komuniti Kampung2u.

  4. Jika pakej pengiklanan yang anda beli, dibenarkan untuk berinteraksi dengan pelanggan di dalam Forum Komuniti Kampung2u, anda perlu menghantar Introduksi, Ciri-ciri dsbnya kepada Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya agar topik pengiklanan anda dapat diwujudkan. Pihak kami akan menyemak serta memantau pos atau balasan yang dibuat oleh pelanggan anda untuk mencegah penyalahgunaan. 
Nota:
  1. Anda juga terikat dengan Terma & Syarat  serta Polisi  Komuniti Kampung2u di mana setiap pelanggaran syarat atau peraturan atau seumpamanya boleh dikenakan:
    • Tindakan Undang-Undang Sivil, Malaysia.
    • Keahlian digantung atau dibatalkan tanpa sebarang notis.
    • Tindakan yang dianggap perlu atau relevan oleh Ahli Majlis Tertinggi Komuniti Kampung2u.
  2. Terma & Syarat, Polisi, Peraturan boleh diubah pada bila-bila masa mengikut keperluan semasa tanpa sebarang notis.
  3. Jika terjadi pertelingkahan bahasa, Bahasa Inggeris (English) diterima pakai dan dipersetujui sebagai sah.